Program As-Salam FIT CPR – FIMA Lifesaver 2026 Masjid Al-Hasanah, Bangi

Al- Salam Fit CPR with Vitalfour Academy

Walaupun pasukan VitalFour sibuk menjalankan tugasan sebagai tenaga pengajar CPR dan AED di Masjid Negara pada hari yang sama, kami tetap komited untuk menyokong setiap usaha yang berkaitan dengan pendidikan pertolongan cemas, CPR dan AED.

Bagi menyokong program ini, VitalFour telah menyediakan 35 unit manikin CPR untuk membantu pasukan As-Salam memberikan pendedahan dan Latihan CPR secara praktikal kepada lebih ramai orang awam.
Pada hari yang sama, pihak As-Salam turut menyumbangkan sebuah unit AED Defibtech kepada Masjid Al-Hasanah, Bangi, sebagai satu langkah bermakna ke arah meningkatkan kesiapsiagaan masjid dalam menghadapi kecemasan jantung.

Al- Salam Fit CPR with Vitalfour Academy

Sekalung tahniah kepada pihak penganjur atas kejayaan menjayakan program yang amat bermakna ini! Pendekatan dan pelaksanaan program ini sememangnya wajar dijadikan contoh dan rujukan untuk penganjuran program seumpamanya pada masa hadapan.

Semoga pada masa akan datang, kami berpeluang untuk turut serta secara langsung dalam program yang penuh bermakna ini.

Al- Salam Fit CPR with Vitalfour Academy
Al- Salam Fit CPR with Vitalfour Academy
Al- Salam Fit CPR with Vitalfour Academy
Al- Salam Fit CPR with Vitalfour Academy
WhatsApp Us